STATUS BUKU


Tuesday, 21 April 2020

PERKAKASAN

PERKAKASAN
Perkakasan terdiri peranti yang terdapat dalam casing  Sistem Komputer  seperti motherboard ( terdiri slot, port dan cip) dan peranti yang dipasang di motherboard seperti Prosessor, Kad Grafik.
  
PAPAN INDUK
Papan induk ini diperbuat daripada kepingan kaca serat yang berwarna hijau dan atasnya pula dipenuhi dengan cip, perintang, kapasitor dan juga litar-litar elektronik. Secara umumnya kita boleh menganggap bahawa papan induk adalah merupakan tempat bergantungnya segala komponen bagi sesebuah komputer.        
 Terdapat beberapa bahagian penting pada papan induk untuk kita bincangkan. Antaranya ialah Soket Unit Pemprosesan Pusat (CPU)/ Prosessor, Slot dan Kad Pengembangan, Slot RAM, Port dan Connectors.



  SOKET SLOT , PORT, DAN CONNECTOR 
1) Soket CPU/Prosessor berwarna putih/hitam
   2) Dua slot PCI yang berwarna putih, dan satu slot PCIE yang berwarna putih  sebelah PCI slot, 
   3) Soket serial Sata yang berwarna kuning untuk Hard disk atau DVDROM,  
   4) Soket IDE yang berwarna biru untuk Hard disk atau DVDROM 
   5) Soket FDD yang berwarna putih sebelah IDE soket untuk Floppy Disk  
   6) Soket yang berwarna kuning untuk USB cable 
   7) Soket yang jernih warnanya ialah untuk bekalan kuasa ( power supply )
untuk litar Papan utama.
   8) Soket untuk RAM yang berwarna ungu
   9) Satu slot AGP (jika kad video
tidak diintegrasikan) yang berwarna oren

* Warna yang dinyatakan tidak tetap dan  bergantung kepada pengeluar papan induk
.





Contoh Papan Induk Menggunakan Soket 7 CPU

CENTRAL PROSESSING UNIT (CPU) / PROSESSOR

Prosessor
CPU atau processor  merupakan jantung komputer yang berbentuk segi empat  yang bertugas dalam memproses data pada kelajuan yang tinggi.
  • Dipasang di soket CPU di  papan induk dan sebaiknya disejukkan dengan kipas CPU.  CPU dipasang dengan merujuk  TANDA UNIK di salah satu penjuru CPU.

  • Tanda unik di penjuru atas kiri bahagian bawah CPU
    CPU terawal keluaran Intel ialah X486    dan kini (2020) seperti Intel Pentium G4560, Intel Core i9-9900KS  dan Intel Core i9-9980XE
  • CPU terawal Intel i486 SX

PORT BELAKANG CASING

PORT, CONNECTOR  DI BELAKANG CASING


PEMBEKAL KUASA/POWER SUPPLY
Pembekal Kuasa
Unit Pembekal kuasa atau Power Supply Unit amat mustahak kerana ia akan menyalurkan tenaga elektrik untuk keperluan semua peranti yang ada di dalam sesebuah komputer. Ia membekalkan kuasa 12volt , 5 volt dan 3.3 volt.

CASING
Terdapat 2 jenis casing  PC iaitu :
i. Menegak  (Tower)
ii. Melintang - (Desktop)
Casing merupakan kerangka PC bagi meletakkan papan induk dan pembekal kuasa  untuk disambung ke peralatan persisisian melalui kabel-kabel.


CAKERA KERAS
Terdapat 2 jenis cakera keras iaitu:
i. ATA  atau IDE (  Integrated Drive Electronics ) -jenis lama
ii. SATA ( Serial ATA ) - jenis baharu
Cakera keras adalah sekeping logam tetap yang menyimpan data sebagai bintik magnetik.  Setiap kepingan logam itu disadur dengan ferum oksida. Cakera keras terdiri lebih daripada 2 kepingan magnetik bergantung kepada berapa terabite  dan kepala baca/tulis.
Saiz cakera semakin kecil
Pemacu cakera keras sekarang lebih tipis daripada yang dahulu (3.5" kepada 1.5") dan juga lebih kecil diameternya (daripada 3.5" atau 5.25" kepada 2.5", 1.8", 1.3").  Pengecilan saiz ini akan membolehkan dua pemacu cakera ditempatkan pada ruang  yang sama

IDE Samsung SP0802N - 80GB 7.2K RPM 2MB Cache Ultra ATA-133 SpinPoint ...     SATASamsung 120GB 1.8 Micro SATA HDD HS12 (end 9/7/2020 7:35 AM)
Lihat perbezaan Connector IDE dan SATA 

FLOPPY DISK DRIVE
Pemacu Floppy disk drive/ disket dikenali sebagai Pemacu A:/ bagi menempatkan cakera liut
Terdapat 2 jenis pemacu cakera liut iaitu:
  1. Lebar 5 1/4 inci - untuk cakera liut 5  1/4 inci (tidak lagi digunakan)
Lebar 3  1/2 inci - untuk cakera liut 3 1/2 -semakin hampir dilupakan

Floppy disks

EHSAN  Terimakasih /Kredit kepada: i.http://compsys6.blogspot.com/2012/11/papan-induk.html   ii. https://smklabissegamat.blogspot.com/2016/01/nota-literasi-komputer.html?m=0


PERSISIAN

Persisian dimaksudkan sebagai penyokong kepada perkakasan sistem komputer dalam menjana tugasan yang dilakukan oleh pengguna


Peralatan persisian terdiri dari peralatan input dan input.
Peranti persisian input seperti papan kekunci ,tetikus , mikrofon dan kamera.
Manakala output terdiri dari monitor, pencetak, dan speaker. PAPAN KEKUNCI
Papan Kekunci
Merupakan peranti yang digunakan untuk memasukkan data dan arahan. Terdapat pelbagai bentuk, gaya, saiz, bentangan (susun atur), "rasa/sentuhan" dan bilangan kekunci. Pada kebiasaannya bilangan kekunci ialah 101.
Papan kekunci mempunyai pengawal (controller) dan penimbal (buffer) kekunci. Segala yang ditaip akan disimpan dalam penimbal dan kemudiannya akan diimbas oleh pemproses komputer setelah menerima isyarat (interrupt) daripada pengawal kekunci.
Papan kekunci yang selalu digunakan ialah susun atur QWERTY kerana lima kekunci pertama baris atas untuk alfanumerik ialah huruf Q,W,E,R,T dan Y.

MONITOR
MONITOR
Monitor komputer merupakan sejenis peranti persisian output yang berupaya memaparkan aksara dan/atau imej, baik diam atau bergerak, yang dijanakan oleh komputer dan diproseskan oleh kad grafik.
Mutu Monitor tergantung kepada beberapa faktor. Yang terutama ialah bilangan piksel yang dipaparkan oleh skrinnya; lebih banyak pikselnya, lebih tajamnya teks dan grafik yang dipaparkan.
Pada awalnya semua monitor adalah dari jenis tiub sinar katod (Monitor CRT) sama seperti yang digunakan pada tiub televisyen,
Monitor LCD menggunakan ruang yang kecil, ringan serta lebih menjimatkan tenaga elektrik berbanding monitor CRT
Monitor LCD menggunakan media cairan kristal. Cara Kerja Monitor LCD itu dengan cara memancarkan sinar melalui kristal cair, yang kemudian dipancarkan secara elektrik sehingga membentuk sebuah panel-panel kecil yang datar
Monitor Plasma merupakan monitor yang menggunakan gas neon atau xenon yang diletakkan diantara dua lapisan plat kaca

PENCETAK/PRINTER

PENCETAK (PRINTER)
Pencetak Dot Matrik
Menggunakan sistem pembentukan karakter dengan cara menekan jarum pada pita di atas kertas sehingga dapat mencetak sebuah karakter tertentu di atas kertas tersebut
Pencetak Inkjet
Dakwat akan disembur kepada kertas untuk membentuk gambar atau dokumen .Printer ini bekerja dengan cara menempatkan sebuah plat magnet yang mengalirkan dakwat ke atas kertas sesuai dengan pola yang diinformasikan oleh komputer atau drivernya.
Pencetak Laser Jet
Laser disinarkan pada sejenis drum untuk membuat pola gambar yang akan dicetak di atas kertas yang kamu miliki. Drum tersebut akan berputar melalui toner
Pencetak LED/LCD
Menggunakan light-emitting diode untuk membuat pola di atas drum. Hasil cetakannya sangat baik, baik untuk mencetak teks ataupun grafis
Pencetak Buble Jet
Printer yang banyak digunakan untuk mencetak grafik pada permukaan kertas, mencetak sticker, vinyl dan lain-lain dengan ukuran bidang yang besar. Oleh karena itulah printer ini banyak digunakan pada pencetakan banner, poster, dan bunting.

TETIKUS/MOUSE

TETIKUS/MOUSE
SERIAL MOUSE
pada era komputer Pentium 1 ataupun Pentium 3 yang berjenis AT. Bentuk konektor mouse ini berupa serial yang memiliki beberapa lubang pin pada ujung portnya.
PS2
Dari segi bentuk konektornya, mouse PS2 mempunyai ciri khas pada ujung port penghubungnya yang berwarna hijau dengan 7 pin.
OPTOMEKANIKAL
Trackball, adalah jenis mouse terbalik di mana pengguna menggerakkan bola dengan jari, yang popular antara tahun 1980 sampai 1990.
OPTIKAL
bekerja dengan menggunakan sensor optik yang menggunakan LED sebagai sumber penerangan untuk mengambil beribu-ribu frame gambar semasa mouse bergerak. Perubahan dari frame-frame gambar tersebut diterjemahkan oleh chip khusus menjadi posisi X dan Y yang kemudian dikirim ke komputer
USB
Mouse USB mempunyai ciri khas yang berbentuk USB pada konektor pada ujung kabelnya.
WAYARLES
penggunaan kabelpun berhasil dihilangkan, dan mouse bisa di gunakan dari jarak yang cukup berjauhan dengan komputer.

SCANNER/PENGIMBAS
FLATBED SCANNER
Flatbed Scanner ini menggunakan teknologi CCD atau Charge Coupled Device sebagai mata yang dapat melakukan pemindaian terhadap dokumen yang ditempatkan di dalamnya .
HAND SCANNER /PENGIMBAS TANGAN
HAND SCANNER

Hand scanner adalah jenis scanner yang boleh kita aplikasikan dengan sangat mudah untuk "detect" kod bar dan mengesan barang bawaan seseorang dan mengesan dokumen.

MICROFON


Alat pembesar suara boleh dihubungkan dengan mudah untuk dicucuk di port audio komputer

HEADPHONE .
MICROFON DAN SPEAKER
Alat pembesar suara boleh dihubungkan dengan mudah untuk dicucuk di port audio komputer

SPEAKER
SPEAKER KOMPUTER
.Speaker walau dalam apa ukuran boleh dihubungkan dengan komputer melalui port audio di komputer peribadi atau laptop.
.



Thursday, 1 September 2016

ASAS MULTIMEDIA 2.3.2 Mengubah imej mengikut saiz yang sesuai.

PENGENALAN ASAS VISUAL

2.3.2 Mengubah imej mengikut saiz yang sesuai.

Pada akhir pelajaran, murid berupaya:

- Mengubah imej mengikut saiz yang dikehendaki.

........................................................................................................................

Langkah 1: Dalam Adobe Photoshop, setelah Open Image , ubah saiz imej dengan pergi ke IMAGE 
dan pilih Image Size

Langkah 2: Buang tanda / di Constrain Proportions dan ubah suai lebar da tinggi saiz Pixel Dimension dan klik OK


 CARA KEDUA:

Di papan dialog Image Saiz, Klik Document Size  dan ubah saiz lebar (width) dan tinggi (height) menggunakan skala  metrik ( mm,atau cm) atau oriental ( inci ) atau pixel/picas


Ubah juga resolution imej agar saiz akan berubah menjadi lebih ekcil atau lebih besar. Klik
Resolution.Unit ukuran digunakan ialah dpi ( dot per inch)

                      72 dpi         - saiz resolusi sesuai untuk membuat bunting dan banner
                    100-330 dpi - saiz sesuai untuk cetakan gambar
                      300 dpi      - saiz sesuai untuk cetakan majalah,gambar dan buku

setelah selesai.Klik OK

ASAS MULTIMEDIA -2.3 Menyunting imej.

MENYUNTING IMEJ

2.3.1 Memasukkan imej menggunakan perisian penyunting
imej.

 Pada akhir pelajaran,  murid akan berupaya :

- Memasukkan imej menggunakan perisian penyunting seperti:
  i. Adobe Photoshop (suntingan grafik)
  ii. Adobe Illustrator (suntingan grafik)
 iii. Cyberlink Power Director (suntingan video)
  iv:Sony Vegas  ( Suntingan video)


Contoh Memasuk imej menggunakan Adobe Photoshop





Ehsan dari Blog: Nouman Awan 
http://www.slideshare.net/bbafellows/insert-pictures-in-adobe-photoshop-business-fellows

ASAS MULTIMEDIA 2.2.6 Mengubah penjajaran teks mengikut kesesuaian.

ASAS MULTIMEDIA

2.0  PENGENALAN ASAS VISUAL

2.2.6 Mengubah penjajaran teks mengikut kesesuaian.
..................................................................................................................................

Pada akhir pelajaran, murid berupaya: 

Mengubah penjajaran teks mengikut kesesuaian.


PENJAJARAN TEKS

Penjajaran teks melibatkan:

1.  Justifikasi  sama ada tengah,kiri, kanan dan justified
2.  Jarak teks antara baris
Penjajaran kedudukan teks

penjajaran mengikut kedudukan garisan

penjajaran mengikut kolum dan  lajur

ASAS MULTIMEDIA - 2.2.5 KESAN TEKS

ASAS MULTIMEDIA

 2.0 Pengenalan Kepada Asas
Visual

 Pada akhir pelajaran, pelajar berupaya:

2.2.5 Menggunakan kesan teks mengikut kesesuaian.

Kesan teks kebanyakan digunakan bagi menghasilkan triller atau filem pengenalan, iklan,
kulit buku atau majalah, dan sebaginya.

Antara kesan khas yang popular ialah:

i. . Embos
ii . 3 D
iii. latar belakang
iv. percikan air
v.  cahaya api
vi. bentuk batu
vii. kilauan bintang
embos

3d

rekahan

buah-buahan

coklat

cahaya

bintang atau kilauan