STATUS BUKU


Tuesday 21 April 2020

PERKAKASAN

PERKAKASAN
Perkakasan terdiri peranti yang terdapat dalam casing  Sistem Komputer  seperti motherboard ( terdiri slot, port dan cip) dan peranti yang dipasang di motherboard seperti Prosessor, Kad Grafik.
  
PAPAN INDUK
Papan induk ini diperbuat daripada kepingan kaca serat yang berwarna hijau dan atasnya pula dipenuhi dengan cip, perintang, kapasitor dan juga litar-litar elektronik. Secara umumnya kita boleh menganggap bahawa papan induk adalah merupakan tempat bergantungnya segala komponen bagi sesebuah komputer.        
 Terdapat beberapa bahagian penting pada papan induk untuk kita bincangkan. Antaranya ialah Soket Unit Pemprosesan Pusat (CPU)/ Prosessor, Slot dan Kad Pengembangan, Slot RAM, Port dan Connectors.



  SOKET SLOT , PORT, DAN CONNECTOR 
1) Soket CPU/Prosessor berwarna putih/hitam
   2) Dua slot PCI yang berwarna putih, dan satu slot PCIE yang berwarna putih  sebelah PCI slot, 
   3) Soket serial Sata yang berwarna kuning untuk Hard disk atau DVDROM,  
   4) Soket IDE yang berwarna biru untuk Hard disk atau DVDROM 
   5) Soket FDD yang berwarna putih sebelah IDE soket untuk Floppy Disk  
   6) Soket yang berwarna kuning untuk USB cable 
   7) Soket yang jernih warnanya ialah untuk bekalan kuasa ( power supply )
untuk litar Papan utama.
   8) Soket untuk RAM yang berwarna ungu
   9) Satu slot AGP (jika kad video
tidak diintegrasikan) yang berwarna oren

* Warna yang dinyatakan tidak tetap dan  bergantung kepada pengeluar papan induk
.





Contoh Papan Induk Menggunakan Soket 7 CPU

CENTRAL PROSESSING UNIT (CPU) / PROSESSOR

Prosessor
CPU atau processor  merupakan jantung komputer yang berbentuk segi empat  yang bertugas dalam memproses data pada kelajuan yang tinggi.
  • Dipasang di soket CPU di  papan induk dan sebaiknya disejukkan dengan kipas CPU.  CPU dipasang dengan merujuk  TANDA UNIK di salah satu penjuru CPU.

  • Tanda unik di penjuru atas kiri bahagian bawah CPU
    CPU terawal keluaran Intel ialah X486    dan kini (2020) seperti Intel Pentium G4560, Intel Core i9-9900KS  dan Intel Core i9-9980XE
  • CPU terawal Intel i486 SX

PORT BELAKANG CASING

PORT, CONNECTOR  DI BELAKANG CASING


PEMBEKAL KUASA/POWER SUPPLY
Pembekal Kuasa
Unit Pembekal kuasa atau Power Supply Unit amat mustahak kerana ia akan menyalurkan tenaga elektrik untuk keperluan semua peranti yang ada di dalam sesebuah komputer. Ia membekalkan kuasa 12volt , 5 volt dan 3.3 volt.

CASING
Terdapat 2 jenis casing  PC iaitu :
i. Menegak  (Tower)
ii. Melintang - (Desktop)
Casing merupakan kerangka PC bagi meletakkan papan induk dan pembekal kuasa  untuk disambung ke peralatan persisisian melalui kabel-kabel.


CAKERA KERAS
Terdapat 2 jenis cakera keras iaitu:
i. ATA  atau IDE (  Integrated Drive Electronics ) -jenis lama
ii. SATA ( Serial ATA ) - jenis baharu
Cakera keras adalah sekeping logam tetap yang menyimpan data sebagai bintik magnetik.  Setiap kepingan logam itu disadur dengan ferum oksida. Cakera keras terdiri lebih daripada 2 kepingan magnetik bergantung kepada berapa terabite  dan kepala baca/tulis.
Saiz cakera semakin kecil
Pemacu cakera keras sekarang lebih tipis daripada yang dahulu (3.5" kepada 1.5") dan juga lebih kecil diameternya (daripada 3.5" atau 5.25" kepada 2.5", 1.8", 1.3").  Pengecilan saiz ini akan membolehkan dua pemacu cakera ditempatkan pada ruang  yang sama

IDE Samsung SP0802N - 80GB 7.2K RPM 2MB Cache Ultra ATA-133 SpinPoint ...     SATASamsung 120GB 1.8 Micro SATA HDD HS12 (end 9/7/2020 7:35 AM)
Lihat perbezaan Connector IDE dan SATA 

FLOPPY DISK DRIVE
Pemacu Floppy disk drive/ disket dikenali sebagai Pemacu A:/ bagi menempatkan cakera liut
Terdapat 2 jenis pemacu cakera liut iaitu:
  1. Lebar 5 1/4 inci - untuk cakera liut 5  1/4 inci (tidak lagi digunakan)
Lebar 3  1/2 inci - untuk cakera liut 3 1/2 -semakin hampir dilupakan

Floppy disks

EHSAN  Terimakasih /Kredit kepada: i.http://compsys6.blogspot.com/2012/11/papan-induk.html   ii. https://smklabissegamat.blogspot.com/2016/01/nota-literasi-komputer.html?m=0


No comments: