STATUS BUKU


Thursday 1 September 2016

ASAS MULTIMEDIA 2.3.2 Mengubah imej mengikut saiz yang sesuai.

PENGENALAN ASAS VISUAL

2.3.2 Mengubah imej mengikut saiz yang sesuai.

Pada akhir pelajaran, murid berupaya:

- Mengubah imej mengikut saiz yang dikehendaki.

........................................................................................................................

Langkah 1: Dalam Adobe Photoshop, setelah Open Image , ubah saiz imej dengan pergi ke IMAGE 
dan pilih Image Size

Langkah 2: Buang tanda / di Constrain Proportions dan ubah suai lebar da tinggi saiz Pixel Dimension dan klik OK


 CARA KEDUA:

Di papan dialog Image Saiz, Klik Document Size  dan ubah saiz lebar (width) dan tinggi (height) menggunakan skala  metrik ( mm,atau cm) atau oriental ( inci ) atau pixel/picas


Ubah juga resolution imej agar saiz akan berubah menjadi lebih ekcil atau lebih besar. Klik
Resolution.Unit ukuran digunakan ialah dpi ( dot per inch)

                      72 dpi         - saiz resolusi sesuai untuk membuat bunting dan banner
                    100-330 dpi - saiz sesuai untuk cetakan gambar
                      300 dpi      - saiz sesuai untuk cetakan majalah,gambar dan buku

setelah selesai.Klik OK

ASAS MULTIMEDIA -2.3 Menyunting imej.

MENYUNTING IMEJ

2.3.1 Memasukkan imej menggunakan perisian penyunting
imej.

 Pada akhir pelajaran,  murid akan berupaya :

- Memasukkan imej menggunakan perisian penyunting seperti:
  i. Adobe Photoshop (suntingan grafik)
  ii. Adobe Illustrator (suntingan grafik)
 iii. Cyberlink Power Director (suntingan video)
  iv:Sony Vegas  ( Suntingan video)


Contoh Memasuk imej menggunakan Adobe Photoshop





Ehsan dari Blog: Nouman Awan 
http://www.slideshare.net/bbafellows/insert-pictures-in-adobe-photoshop-business-fellows

ASAS MULTIMEDIA 2.2.6 Mengubah penjajaran teks mengikut kesesuaian.

ASAS MULTIMEDIA

2.0  PENGENALAN ASAS VISUAL

2.2.6 Mengubah penjajaran teks mengikut kesesuaian.
..................................................................................................................................

Pada akhir pelajaran, murid berupaya: 

Mengubah penjajaran teks mengikut kesesuaian.


PENJAJARAN TEKS

Penjajaran teks melibatkan:

1.  Justifikasi  sama ada tengah,kiri, kanan dan justified
2.  Jarak teks antara baris
Penjajaran kedudukan teks

penjajaran mengikut kedudukan garisan

penjajaran mengikut kolum dan  lajur

ASAS MULTIMEDIA - 2.2.5 KESAN TEKS

ASAS MULTIMEDIA

 2.0 Pengenalan Kepada Asas
Visual

 Pada akhir pelajaran, pelajar berupaya:

2.2.5 Menggunakan kesan teks mengikut kesesuaian.

Kesan teks kebanyakan digunakan bagi menghasilkan triller atau filem pengenalan, iklan,
kulit buku atau majalah, dan sebaginya.

Antara kesan khas yang popular ialah:

i. . Embos
ii . 3 D
iii. latar belakang
iv. percikan air
v.  cahaya api
vi. bentuk batu
vii. kilauan bintang
embos

3d

rekahan

buah-buahan

coklat

cahaya

bintang atau kilauan


Monday 15 August 2016

ASAS MULTIMEDIA - 2.2.4 GAYA TEKS


Pada akhir pelajaran, murid berupaya:

Mengubah gaya teks mengikut kesesuaian.

..................................................................................................................

GAYA TEKS

Pada asalnya gaya teks hanyalah terhad kepada beberapa jenis seperti:

1. normal (juga dikenali sebagai Roman atau Upright/ Tegak )
2. italic ( juga dikenali sebagai Cursive or Kursiv)
3. oblique (digunakan dalam pengaturcaraan komputer)


Namun demikian , keluarga teks tersebut diperluaskan menjadi:

1. serif ( berekor)
2. sans serif (tiada ekor)
3.cursive
4.fantasy atau fancy
5. monospace

.........................................................................................................................

1. Contoh tulisan SERIF  seperti :

Times New Roman, Bodoni, Garamond, Minion Web, ITC Stone Serif, MS Georgia, Bitstream Cyberbit, Adobe Minion Cyrillic, Excelsior Cyrillic Upright, Monotype Albion 70




2. Contoh  tulisan Sans Seriff seperti :

 aril,verdana, tahoma,impack ,helvetica


Beza serif dan sans serif

 3. Contoh tulisan Cursive seperti:
              adore,alex brush, annabelle, coneria script, dan semua jenis tulisan script. 
Semua jenis tulisan bersambung dikenali sebagai cursive .Selain itu tulisan kursif ini mempunyai pelbagai gaya  lagi iaitu regular, slanted, kaligrafi, tirus(thick) , lebar(wide)  dan akademik 



4. Contoh gaya tulisan Fantasy atau Fancy seperti:
    Pippin,gandalf,sauron,wilomen ,Alpha Geometrique, Critter, Cottonwood, FB Reactor, Studz, reka tulisan komik  dan sebagainya








Tulisan FANTASY merupakan  gaya tulisan yang boleh berkembang mengikut zaman kerana penciptaan gaya tulisan berdasarkan perubahan genra filem,muzik,ideologi,pemahaman, politik, makanan, produk, perubahan komputer, dan   sebagainya


5. Contoh tulisan Monospace seperti

 Courier, MS Courier New, Prestige, Everson Mono

Gaya monospace lebih awal digunakan pada zaman penggunaan mesin taip dan pemprograman komputer seperti java.


 









ASAS MULTIMEDIA 2.2 Menyunting teks -2.2.3 Menukar warna teks mengikut kesesuaian.

ASAS MULTIMEDIA  

Pada akhir pelajaran, murid akan dapat:

2.2 Menyunting teks 
    
       2.2.3 Menukar warna teks mengikut kesesuaian.
.....................................................................................................................................

  1. Hendaklah berhati-hati meletakkan teks pada gambar, terutamanya untuk menentukan warna

  2. Menggunakan penulisan teks warna puteh apabila latarbelakang berwarna hitam ataupun warna yang bertentangan untuk tujuan tertentu.

    3. elakkan daripada menggunakan warna yang sama atau campuran warna yang seakan-akan latar belakang


     

ASAS MULTIMEDIA- FON-MEMILIH JENIS FON

FONT STYLE

Terdapat 4 jenis stail fon iaitu:

1.Skrip
2. Blok
3. Dekoratif'
4.Novelti

Kategori Taip
Terdapat 10,000 muka taip dan kebanyakannya mempunyai persamaan dalam bentuk yang membenarkan untuk diletakkan ke dalam kategori jenis lebar. Contoh kategori taip adalah seperti berikut:
a)      Roman

Secara tipikal, muka taip Roman mempunyai variasi tebal dan nipis dalam strok huruf dan  lingkungan serifs daripada sederhana kepada yang keterlaluan. Muka taip Roman biasanya digunakan dalam kandungan teks memandangkan ia mudah untuk dibaca. Muka taip Serif sukar untuk dibaca pada skrin jika ia terlalu kecil kerana resolusi skrin yang rendah dan strok yang tebal dan nipis dalam bentuk huruf.


            b)     Sans Serif
       Sans serif bermaksud “tanpa serifs”. Muka taip Sans serif mempunyai                  penampilan yang moden dan sangat mudah dibaca.Ia berfungsi dengan baik dalam saiz yang kecil dan kebiasaannya ia merupakan pilihan yang baik untuk salinan tajuk, teks dan kawalan 
 
c)      Square Serif
Untuk muka taip ini, serif di akhir strok huruf muncul dalam bentuk blok atau tebal.  Ia sesuai digunakan sebagai tajuk atau taip paparan.Apabila disetkan dalam saiz yang kecil, square serifs menjadikan medan teks yang muncul pada skrin menjadi tebal dan hitam.



d)     Script
Muka taip script boleh memperlihatkan rekaan tulisan tangan. Sesetengah muka taip script sukar untuk dibaca, terutamanya dalam satu blok teks yang semuanya mengandungi huruf besar. Strok huruf yang halus pada sesetengah muka taip script menjadikan ia sukar untuk dibaca pada saiz yang kecil. Ia elok digunakan secara minima dan untuk tajuk.




e)      Decorative
Apabila reka bentuk muka taip sukar untuk dikategorikan, ia dipanggil kategori decorative. Tiada limit untuk kategori ini. Kebanyakan muka taip ini agak sukar untuk dibaca dan baik digunakan untuk paparan atau tajuk selain teks. Kelebihan menggunakan muka taip ini adalah ia dapat mengekalkan mood, jarak masa atau stail.
 




















ASAS MULTIMEDIA - MEMILIH TEKS

MEMILIH TEKS

2.2.2  Memilih saiz teks mengikut kesesuaian
...............................................................................................................................

KESESUAIAN TEKS MENGIKUT KESESUAIAN REKA LETAK

1.  Paling besar  - TAJUK  ( heading)

2. Sederhana besar  - Sub Tajuk  ( Sub heading)

3. Sederhana - Tajuk Kecil  ( Minor Heading)

4. Normal Kecil  - Biasa  (Normal)

Saiz point

Ketinggian sesuatu bentuk huruf, dinyatakan dalam poin.  72 poin sama dengan satu inci. Lebih kecil saiz huruf, lebih kecil taip akan kelihatan.  Saiz poin yang kecil sukar untuk dibaca pada skrin.
.

ASAS MULTIMEDIA - MENYUNTING TEKS

ASAS MULTIMEDIA

Pada akhir pelajaran, murid akan dapat:
2.2 Menyunting teks

      2.2.1 Memilih jenis fon yang sesuai.
      2.2.2 Mengubah saiz teks mengikut kesesuaian.
      2.2.3 Menukar warna teks mengikut kesesuaian.
      2.2.4 Mengubah gaya teks mengikut kesesuaian.
      2.2.5 Menggunakan kesan teks mengikut kesesuaian.
      2.2.6 Mengubah penjajaran teks mengikut kesesuaian.
........................................................................................................................................

2.2 MENYUNTING TEKS

2.2.1  Memilih fon yang sesuai

Saturday 6 August 2016

ASAS MULTIMEDIA -2.0 PENGENALAN ASAS VISUAL

ASAS MULTIMEDIA 

2.0  PENGENALAN ASAS VISUAL

2.1.1 Mengenali Asas Visual

Standard Pembelajaran
2.1.1 Menyatakan maksud visual dengan betul.
2.1.2 Menyenaraikan sekurang-kurangnya 2 perisian visual.


...........................................................................................................................................
      
2.1.1 Definisi Visual

Menurut Kamus Dewan, visual adalah berkenaan yang boleh dilihat

Visual = sesuatu yang boleh dilihat dalam bentuk teks dan imej. 

Elemen teks dan grafik membentuk visual  dalam multimedia.



2.1.2 Perisian Visual

Perisian yang melibatkan gabungan teks dan grafik adalah seperti:
1. Adobe Photoshop
2. Adobe Illustrator
3. Microsoft Office
3. Corel Draw
4. Adobe InDesign




Friday 5 August 2016

ASAS MULTIMEDIA - 1.1.5. Menyatakan kepentingan amalan keselamatan dalam multimedia.

ASAS  MULTIMEDIA

KEPENTINGAN KESELAMATAN DALAM MULTIMEDIA

Pada akhir pelajaran, murid akan dapat:
1.1.5. Menyatakan kepentingan amalan keselamatan dalam
multimedia.

...............................................................................................................................
Dalam dunia maya kini, penggunaan multimedia  tanpa sempadan ini menyebabkan
longgarnya keselamatan dan hak pengguna multimedia itu sendiri. Walaupun menggunakan

perisian kawalan keselamatan , pelbagai laman web,aplikasi  dan portal termasuk maklumat-maklumat  dari server telah diceroboh oleh penggodam-penggodam.




ASAS MULTIMEDIA- 1.1.4. Menyatakan kelebihan multimedia dalam kehidupan.

ASAS MULTIMEDIA

1.1.4. Menyatakan kelebihan multimedia dalam kehidupan.
.............................................................................................................................................
MULTIMEDIA DALAM KEHIDUPAN

                 Sejak lengkapnya animasi melengkapi menjadi elemen ke-5 multimedia, pelbagai ciptaan baru, produk dan gadjet-gadjet diperkenalkan di pasaran . Sesungguhnya, pengguna berasa semakin
mudah dan efektif setelah menggunakan peralatan multimedia . Dunia yang besar dapat diperkecilkan, masa yang panjang dapat dipendekkan, rakan taulan yang jauh dapat didekatkan,
persembahan tradisional dapat dipermodenkan, produk yang besar dapat dikecilkan dan segala
yang terdapat di persekitaran, digunakan, dan dihasilkan dapat dijelmakan dalam bentuk yang
afektif,mudah,ringkas, menarik dan berkesan.

                 Bincangkan perubahan peralatan multimedia berikut

1.   OVERHEAD PROJECTOR --->PEMANCAR SLAID--> PEMANCAR LCD

2.   TV HITAM PUTIH--) TV ANALOG   ---> TV DIGITAL ---> TV HDMI

3.  KAMERA SLR_---> KAMERA DSLR --> KAMERA DSLR dengan Video dan Wifi





ASAS MULTIMEDIA -1.1.3. Menyatakan sekurang-kurangnya 2 format fail bagi elemen multimedia.



ASAS MULTIMEDIA

1.0  PENGENALAN KEPADA ASAS MULTIMEDIA
       1.1  Mengenali Asas Multimedia


              1.1.3. Menyatakan sekurang-kurangnya 2 format fail
                        bagi elemen multimedia.
...................................................................................................................................................
 FORMAT-FORMAT PIAWAI ELEMEN MULTIMEDIA

Terdapat 5 elemen multimedia iaitu teks,audio,video,grafik dan animasi. Manakala kini terdapat elemen baru yang boleh ditambah iaitu elemen virtual realiti.

Seperti dinyatakan pada subtopik 1.1.2 setiap elemen mutimedia mempunyai format piawai atau standard yang digunapakai seluruh pemikir dan pembuat alat multimedia.

Elemen Multimedia                Format File Piawai
1.  Teks                                  format teks yang meliputi jenis, ukuran, style font,
                                               dan langkau baris kata.Manakala sesuatu file teks boleh dikenali
                                               melalui simbol atau file :  txt, doc, rtf (rich text format), pdf
                                               (portable document format) dan ps (post script)
2.  Audio                                MP3,
3. Video                                  avi,mpeg , MP4,
4. Grafik                                 jpeg,bmp,psd,psd,png,gif

5. Animasi                              gif (graphic interchance format), flc ,swf,fls,

 ...................................................................................................................................................
 Kenali perbezaannya
                                     


Kenali jenis-jenis format multimedia



perbezaan format file grafik iaiatu jpg,gif dan png