PERKAKASAN
Perkakasan terdiri peranti yang terdapat dalam casing Sistem Komputer seperti motherboard ( terdiri slot, port dan cip) dan peranti yang dipasang di motherboard seperti Prosessor, Kad Grafik.
PAPAN INDUK
Papan induk ini diperbuat daripada kepingan kaca serat yang berwarna hijau dan atasnya pula dipenuhi dengan cip, perintang, kapasitor dan juga litar-litar elektronik. Secara umumnya kita boleh menganggap bahawa papan induk adalah merupakan tempat bergantungnya segala komponen bagi sesebuah komputer.
Papan induk ini diperbuat daripada kepingan kaca serat yang berwarna hijau dan atasnya pula dipenuhi dengan cip, perintang, kapasitor dan juga litar-litar elektronik. Secara umumnya kita boleh menganggap bahawa papan induk adalah merupakan tempat bergantungnya segala komponen bagi sesebuah komputer.
Terdapat beberapa bahagian penting pada papan induk untuk kita bincangkan. Antaranya ialah Soket Unit Pemprosesan Pusat (CPU)/ Prosessor, Slot dan Kad Pengembangan, Slot RAM, Port dan Connectors.
SOKET SLOT , PORT, DAN CONNECTOR
1) Soket CPU/Prosessor berwarna putih/hitam
1) Soket CPU/Prosessor berwarna putih/hitam
2) Dua slot PCI yang berwarna putih, dan satu slot PCIE yang berwarna putih sebelah PCI slot,
3) Soket serial Sata yang berwarna kuning untuk Hard disk atau DVDROM,
4) Soket IDE yang berwarna biru untuk Hard disk atau DVDROM
5) Soket FDD yang berwarna putih sebelah IDE soket untuk Floppy Disk
6) Soket yang berwarna kuning untuk USB cable
7) Soket yang jernih warnanya ialah untuk bekalan kuasa ( power supply )
untuk litar Papan utama.
8) Soket untuk RAM yang berwarna ungu
tidak diintegrasikan) yang berwarna oren
* Warna yang dinyatakan tidak tetap dan bergantung kepada pengeluar papan induk.
* Warna yang dinyatakan tidak tetap dan bergantung kepada pengeluar papan induk.
Contoh Papan Induk Menggunakan Soket 7 CPU
CENTRAL PROSESSING UNIT (CPU) / PROSESSOR
Prosessor
CPU atau processor merupakan jantung komputer yang berbentuk segi empat yang bertugas dalam memproses data pada kelajuan yang tinggi.
- Dipasang di soket CPU di papan induk dan sebaiknya disejukkan dengan kipas CPU. CPU dipasang dengan merujuk TANDA UNIK di salah satu penjuru CPU.
-
CPU terawal keluaran Intel ialah X486 dan kini (2020) seperti Intel Pentium G4560, Intel Core i9-9900KS dan Intel Core i9-9980XE
- CPU terawal Intel i486 SX
PORT BELAKANG CASING
PORT, CONNECTOR DI BELAKANG CASING
PEMBEKAL KUASA/POWER SUPPLY
Pembekal Kuasa
Unit Pembekal kuasa atau Power Supply Unit amat mustahak kerana ia akan menyalurkan tenaga elektrik untuk keperluan semua peranti yang ada di dalam sesebuah komputer. Ia membekalkan kuasa 12volt , 5 volt dan 3.3 volt.
CASING
Terdapat 2 jenis casing PC iaitu :
i. Menegak (Tower)
i. Menegak (Tower)
ii. Melintang - (Desktop)
Casing merupakan kerangka PC bagi meletakkan papan induk dan pembekal kuasa untuk disambung ke peralatan persisisian melalui kabel-kabel.
Pemacu cakera keras sekarang lebih tipis daripada yang dahulu (3.5" kepada 1.5") dan juga lebih kecil diameternya (daripada 3.5" atau 5.25" kepada 2.5", 1.8", 1.3"). Pengecilan saiz ini akan membolehkan dua pemacu cakera ditempatkan pada ruang yang sama
CAKERA KERAS
Terdapat 2 jenis cakera keras iaitu:
Terdapat 2 jenis cakera keras iaitu:
i. ATA atau IDE ( Integrated Drive Electronics ) -jenis lama
ii. SATA ( Serial ATA ) - jenis baharu
Cakera keras adalah sekeping logam tetap yang menyimpan data sebagai bintik magnetik. Setiap kepingan logam itu disadur dengan ferum oksida. Cakera keras terdiri lebih daripada 2 kepingan magnetik bergantung kepada berapa terabite dan kepala baca/tulis.
Saiz cakera semakin kecilPemacu cakera keras sekarang lebih tipis daripada yang dahulu (3.5" kepada 1.5") dan juga lebih kecil diameternya (daripada 3.5" atau 5.25" kepada 2.5", 1.8", 1.3"). Pengecilan saiz ini akan membolehkan dua pemacu cakera ditempatkan pada ruang yang sama
IDE SATA
Lihat perbezaan Connector IDE dan SATA
FLOPPY DISK DRIVE
Pemacu Floppy disk drive/ disket dikenali sebagai Pemacu A:/ bagi menempatkan cakera liut
Terdapat 2 jenis pemacu cakera liut iaitu:
Terdapat 2 jenis pemacu cakera liut iaitu:
- Lebar 5 1/4 inci - untuk cakera liut 5 1/4 inci (tidak lagi digunakan)
Lebar 3 1/2 inci - untuk cakera liut 3 1/2 -semakin hampir dilupakan
EHSAN Terimakasih /Kredit kepada: i.http://compsys6.blogspot.com/2012/11/papan-induk.html ii. https://smklabissegamat.blogspot.com/2016/01/nota-literasi-komputer.html?m=0