STATUS BUKU


Wednesday, 3 August 2016

ASAS MULTIMEDIA -1.0 Pengenalan Kepada Asas Multimedia

ASAS MULTIMEDIA 


1.0 PENGENALAN KEPADA MULTIMEDIA

1.1      Definisi Multimedia 

Perkataan 'multimedia adalah gabungan dua perkataan iaitu 'multi' yang merujuk kepada maksud banyak atau pelbagai, manakala media merujuk kepada 'medium atau alat atau bahan
 
 "Multimedia merupakan suatu peralatan komunikasi interaktif berasaskan komputer yang merangkumi penggunaan media audio visual seperti teks, grafik,audio, video, dan animasi," - Jamalluddin Haron & Zaidaton Tasir (2000)

Multimedia adalah integrasi atau kombinasi atau gabungan di antara pelbagai jenis media yang berlainan iaitu audio,video,teks,animasi dan grafik dalam satu persekitaran digital" - Gayeski (1993).

TAFSIRAN  ISO14915(2001)
Antaramuka pengguna yang mengintegrasikan dan menyeragamkam media (media static seperti teks, grafik, dan media dinamik seperti audio, animasi dan video).
 TAFSIRAN  Aplikasi multimedia

Aplikasi yang dibangunkan dengan menggabungkan koleksi pelbagai media seperti teks, grafik, audio, video, dan animasi dan mempunyai ciri-ciri interaktiviti.

Oleh yang demikian, boleh dirumuskan bahawa, multimedia adalah penggunaan  kombinasi pelbagai jenis media audio visual seperti grafik, audio, video, animasi, teks dan vertual realiti dalam satu persekitaran digital.



1.2  Perkakasan multimedia.
Apabila membincangkan mengenai perkakasan multimedia,ianya secara tidak langsung melibatkan beberapa komponen utama seperti sistem komputer serta perkakasan asanya dan juga perkakasan tambahan yang berkaitan dengan teknologi multimedia itu sendiri.
Kitaran IPOS adalah kependekan bagi perkataan input, proses, output dan storan. Ini disebabkan kesemua peranti ini terlibat secara langsung dengan proses pembangunan aplikasi multimedia tidak kira sama ada ianya melibatkan pembangunan perisian kursus multimedia, perisian aplikasi multimedia, animasi, audio, video dan juga web.
      1.2.1 Komputer

komputer merujuk kepada komputer mikro yang biasa kita gunakan dalam banyak aktiviti harian. Sistem komputer ini beroperasi berasaskan pemproses mikro dan mempunyai papan kekunci untuk kemasukan data, skrin paparan dan peranti storan. Kebanyakan komputer adalah berasaskan kepada sistem windows dan ini selari dengan keperluan ramai rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, di sesetengah organisasi terutamanya organisasi yang berasaskan penerbitan, percetakan, grafik, dan multimedia, sistem berasaskan Macintosh lebih digemari. Ini adalah kerana system tersebut dikatakan sesuai untuk operasi-operasi kerja berasaskan bidang penerbitan, pencetakan dan juga multimedia.
     1.2.2   Pembesar suara(AUDIO)
Pembesar suara ialah menukarkan gelombang elektrik kepada gelombang bunyi. Pembesar suara pada peralatan elektrik adalah seperti radio, televisyen, dan lain-lain. Nilai suara yang dilabelkan dengan nilai mpedans(ohm), nilai kuasa(watt) dan diameter kon. Bahagian pembesar suara terdiri daripada magnet kekal, teras besi, gegelung, kerangka dan tamatan.
   1.2 3  Tetikus(Mouse)

Tetikus ialah peranti input ke komputer yang berfungsi mengawal gerakan penunjuk atau kursor pada skrin paparan. Ia merupakan peranti kecil yang bergerak di atas permukaan keras dan rata. Tertikus ini amat diperlukan terutamanya sekali apabila menggunakan sistem pengendalian tetingkap(window). Tertikus memudahkan seseorang pengguna untuk mengendalikan perisian animasi, grafik, dan aturcara penerbitan meja. Apabila tertikus digerakkan, penunjuk pada skrin paparan akan bergerak dalam arah yang sama dan ia akan berubah mengikut lokasi di mana tertikus tersebut berada.
   1.2.4 Tablet grafik(Drawing table)

Drawing table adalah perangkat keras(hardware) atau input device computer yang membolehkan pemakainya untuk menggambar dengan tangan dan memasukkan gambar atau sketsa langsung ke komputer, layaknya menggambar di atas kertas menggunakan pensil. Sebuah graphic table terdiri dari tablet digital dan sebuah kursor ataupun sebuah pena digital (pen). Tablet digital memiliki permukaan yang pipih sebagai alas gambar yang terdiri atas perlengkapan elektronik yang dapat mendeteksi gerakan kursor atau pena digital kemudian menerjemahkannya menjadi sinyal digital yang dikirim langsung ke komputer. Setiap titik atau gerakan pada tablet merepresentasikan titik atau gerakan pada layer monitor, inilah yang membedakannya dengan fungsi mouse yang tergantung pada letak kursor. Hasil gambar tidak akan terlihat pada tablet itu sendiri, melainkan pada monitor komputer.
  1.2.5 Pembesar Suara (Microphone)

Mikrofon adalah untuk mengesan gelombang bunyi dan menukarkannya kepada gelombang elektrik. Gelombang elektrik yang terhasil ditinggikan oleh amplifier dan ditukarkan kepada gelombang bunyi oleh pembesar suara. Binaan mikrofon terdiri daripada traduser, litar elektronik dan penghadang angin.
   1.2.6 Pencetak(Printer)

Printer adalah suatu alat yang disambung ke peranti komputer dan mencetak hasil kerja komputer baik berupa teks, gambar ke media kertas atau seumpamanya. Proses tersebut diperintahkan oleh komputer dan dikeluarkan melalui selari port untuk melaksanakan tugasnya iaitu mencetak.
  1.2.7  Pengimbas(Scanner)


Peranti pengimbas merupakan alat yang berupaya menterjemahkan imej, teks, lukisan, dan gambar foto dalam bentuk konvensional kepada bentuk digital yang difahami oleh komputer. Pengimbas menggunakan pancaran laser dan peranti foto elektrik untuk mengimbas teks dan grafik. Hasil imbasan ditukarkan kepada maklumat digital yang difahami oleh komputer.

RUJUKAN  EHSAN:

Nur hafieza , http://syubsyubie94.blogspot.my/2014/07/perisian-dan-perkakasan-multimedia.html

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2003) Pengenalan kepada multimedia, Kuala Lumpur: Venton Publishing.


Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2005) Multimedia konsep & praktis, Selangor Darul Ehsan: Venton Publishing.


Zulikha Jamaludin & Muhammad Shakirin Shaarin. (2001) Perkakasan komputer, Bentong: University utara Malaysia sintok.


Baharuddin Aris, Mohammad Bilal Ali, Jamalludin Harun, Zaidatun Tasir. (2001) Sistem komputer dan aplikasinya, Kuala Lumpur: Venton Publishing

No comments: