ASAS MULTIMEDIA
1.0 PENGENALAN KEPADA MULTIMEDIA
1.1 Definisi Multimedia
"Multimedia merupakan suatu peralatan komunikasi interaktif berasaskan komputer yang merangkumi penggunaan media audio visual seperti teks, grafik,audio, video, dan animasi," - Jamalluddin Haron & Zaidaton Tasir (2000)
Multimedia adalah integrasi atau kombinasi atau gabungan di antara pelbagai jenis media yang berlainan iaitu audio,video,teks,animasi dan grafik dalam satu persekitaran digital" - Gayeski (1993).
Oleh yang demikian, boleh dirumuskan bahawa, multimedia adalah penggunaan kombinasi pelbagai jenis media audio visual seperti grafik, audio, video, animasi, teks dan vertual realiti dalam satu persekitaran digital.
1.2 Perkakasan multimedia.
RUJUKAN EHSAN:
Nur hafieza , http://syubsyubie94.blogspot.my/2014/07/perisian-dan-perkakasan-multimedia.html
1.1 Definisi Multimedia
"Multimedia merupakan suatu peralatan komunikasi interaktif berasaskan komputer yang merangkumi penggunaan media audio visual seperti teks, grafik,audio, video, dan animasi," - Jamalluddin Haron & Zaidaton Tasir (2000)
Multimedia adalah integrasi atau kombinasi atau gabungan di antara pelbagai jenis media yang berlainan iaitu audio,video,teks,animasi dan grafik dalam satu persekitaran digital" - Gayeski (1993).
TAFSIRAN
ISO14915(2001)
Antaramuka pengguna yang
mengintegrasikan dan menyeragamkam media (media static seperti teks, grafik,
dan media dinamik seperti audio, animasi dan video).
|
TAFSIRAN Aplikasi multimedia
Aplikasi yang dibangunkan dengan
menggabungkan koleksi pelbagai media seperti teks, grafik, audio, video, dan
animasi dan mempunyai ciri-ciri interaktiviti.
|
Apabila
membincangkan mengenai perkakasan multimedia,ianya secara tidak langsung
melibatkan beberapa komponen utama seperti sistem komputer serta perkakasan
asanya dan juga perkakasan tambahan yang berkaitan dengan teknologi multimedia
itu sendiri.
Kitaran
IPOS adalah kependekan bagi perkataan input, proses, output dan storan. Ini
disebabkan kesemua peranti ini terlibat secara langsung dengan proses
pembangunan aplikasi multimedia tidak kira sama ada ianya melibatkan
pembangunan perisian kursus multimedia, perisian aplikasi multimedia, animasi,
audio, video dan juga web.
1.2.1 Komputer
komputer
merujuk kepada komputer mikro yang biasa kita gunakan dalam banyak aktiviti
harian. Sistem komputer ini beroperasi berasaskan pemproses mikro dan mempunyai
papan kekunci untuk kemasukan data, skrin paparan dan peranti storan.
Kebanyakan komputer adalah berasaskan kepada sistem windows dan ini selari
dengan keperluan ramai rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, di sesetengah
organisasi terutamanya organisasi yang berasaskan penerbitan, percetakan,
grafik, dan multimedia, sistem berasaskan Macintosh lebih digemari. Ini adalah
kerana system tersebut dikatakan sesuai untuk operasi-operasi kerja berasaskan
bidang penerbitan, pencetakan dan juga multimedia.
1.2.2 Pembesar suara(AUDIO)
Pembesar
suara ialah menukarkan gelombang elektrik kepada gelombang bunyi. Pembesar
suara pada peralatan elektrik adalah seperti radio, televisyen, dan lain-lain.
Nilai suara yang dilabelkan dengan nilai mpedans(ohm), nilai kuasa(watt) dan diameter
kon. Bahagian pembesar suara terdiri daripada magnet kekal, teras besi,
gegelung, kerangka dan tamatan.
1.2 3 Tetikus(Mouse)
Tetikus
ialah peranti input ke komputer yang berfungsi mengawal gerakan penunjuk atau
kursor pada skrin paparan. Ia merupakan peranti kecil yang bergerak di atas
permukaan keras dan rata. Tertikus ini amat diperlukan terutamanya sekali
apabila menggunakan sistem pengendalian tetingkap(window). Tertikus memudahkan
seseorang pengguna untuk mengendalikan perisian animasi, grafik, dan aturcara
penerbitan meja. Apabila tertikus digerakkan, penunjuk pada skrin paparan akan
bergerak dalam arah yang sama dan ia akan berubah mengikut lokasi di mana
tertikus tersebut berada.
Drawing
table adalah perangkat keras(hardware) atau input device computer yang
membolehkan pemakainya untuk menggambar dengan tangan dan memasukkan gambar
atau sketsa langsung ke komputer, layaknya menggambar di atas kertas
menggunakan pensil. Sebuah graphic table terdiri dari tablet digital dan
sebuah kursor ataupun sebuah pena digital (pen). Tablet digital memiliki
permukaan yang pipih sebagai alas gambar yang terdiri atas perlengkapan
elektronik yang dapat mendeteksi gerakan kursor atau pena digital kemudian
menerjemahkannya menjadi sinyal digital yang dikirim langsung ke komputer.
Setiap titik atau gerakan pada tablet merepresentasikan titik atau gerakan pada
layer monitor, inilah yang membedakannya dengan fungsi mouse yang tergantung
pada letak kursor. Hasil gambar tidak akan terlihat pada tablet itu sendiri,
melainkan pada monitor komputer.
1.2.5 Pembesar Suara (Microphone)
Mikrofon
adalah untuk mengesan gelombang bunyi dan menukarkannya kepada gelombang
elektrik. Gelombang elektrik yang terhasil ditinggikan oleh amplifier dan
ditukarkan kepada gelombang bunyi oleh pembesar suara. Binaan mikrofon terdiri
daripada traduser, litar elektronik dan penghadang angin.
1.2.6 Pencetak(Printer)
Printer adalah suatu alat yang disambung ke peranti
komputer dan mencetak hasil kerja komputer baik berupa teks, gambar ke media
kertas atau seumpamanya. Proses tersebut diperintahkan oleh komputer dan
dikeluarkan melalui selari port untuk melaksanakan tugasnya iaitu mencetak.
1.2.7 Pengimbas(Scanner)
Peranti
pengimbas merupakan alat yang berupaya menterjemahkan imej, teks, lukisan, dan
gambar foto dalam bentuk konvensional kepada bentuk digital yang difahami oleh
komputer. Pengimbas menggunakan pancaran laser dan peranti foto elektrik untuk
mengimbas teks dan grafik. Hasil imbasan ditukarkan kepada maklumat digital
yang difahami oleh komputer.
Nur hafieza , http://syubsyubie94.blogspot.my/2014/07/perisian-dan-perkakasan-multimedia.html
No comments:
Post a Comment