STATUS BUKU


Wednesday 3 August 2016

ASAS MULTIMEDIA 1.1.2. Menyenaraikan elemen multimedia dengan betul.

ASAS MULTIMEDIA

MENGENALI ASAS MULTIMEDIA

1.1.2. Menyenaraikan elemen multimedia dengan betul.

......................................................................................................................................................

ELEMEN MULTIMEDIA

Tardapat 5 elemen Multimedia iaitu:
1. Teks 
2. Grafik
3. Audio
4. Video
5. Animasi 

....................................................................................................................................................
1. Teks

Teks merupakan elemen asas bagi menyampaikan maklumat. Memberi penekanan bagi sesuatu isi kandungan yang ingin disampaikan.  Mempunyai pelbagai jenis dan bentuk tulisan yang berupaya memberi daya tarikan dalam penyampaian maklumat

2. Grafik

Grafik atau Imej merupakan perwakilan spatial bagi satu objek sama ada dalam bentuk  dua dimensi atau tiga dimensi
·         Jenis: 2D, 3D, 4D
·         Perwakilan bit-map dan vektor
·         Ciri-ciri grafik/imej: resolusi: piksel
·          warna: bit/piksel; saiz
·         Format Piawai: bmp, tiff, pict, tga, eps, gif, wmf, jpeg
  • Memberi penekanan secara visual terhadap sesuatu persembahan maklumat. 
  • Membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan. 
  • Menjadikan persembahan atau penyampaian maklumat lebih menarik.
3. Audio
Audio = Asas Bunyi: pada asasnya adalah getaran dalam bentuk gelombang pada ruang udara dan boleh cerap oleh alat pendengar.
Kadar Pensampelan : kadar kekerapan gelombang diukur per saat. Unit ukuran di dlm Hz. Contoh : Piawai kadar pensampelan CD : 44100 Hz. (dB, bit/sampel, mono, dan stereo), 

4.Video 
Video boleh ditakrifkan sebagai satu siri kerangka yang mengandungi imej dan audio dan dipersembahkan dengan pantas sehingga memberi kesan kelihatan seperti selanjar.
·         Ukuran kerangka per saat: 24, 30, 60, … kerangka/saat.
·         Format piawai video analog (NTSC, PAL, SECAM)
·         Format piawai video digital (avi, mpeg, mov)
·         Pendigit analog kepada digital: kad, dan perisian
 
  • Menyediakan kaedah penyaluran maklumat yang amat menarik dan hidup. 
  • Merupakan elemen atau media yang paling dinamik serta efektif dalam menyampaikan sesuatu maklumat. 
  • Sebagai satu sumber penyimpanan maklumat dan sumber rujukan yang berkesan 
5. Animasi
Animasi bermaksud pergerakan dan perubahan yang berlaku dalam imej grafik.
 Jenis perubahan: pergerakan, warna, bentuk, struktur, cahaya, sudut pandangan, dan fokus.
 
  • Membantu menerangkan satu konsep yang kompleks dangan lebih mudah.
  • Berperanan menceriakan persembahan sesuatu maklumat.
  • Berupaya menarik perhatian pengguna kepada sesuatu persembahan

No comments: